KUALA LUMPUR: Personaliti media sosial, Murni Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Epal meminta agar masyarakat supaya tidak mengaitkan semua perkara buruk yang berlaku dengan perbuatan sihir.
Kata Murni, masyarakat perlu bermuhasabah diri, menilai kesalahan diri sendiri atas setiap perkara negatif yang terjadi.
“Jangan hujung-hujung nanti salahkan sihir sudah lah.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diri sendiri tak pernah salah, semua benda nak salahkan orang lain,” katanya di Thread.
Katanya, masyarakat juga perlu mengikis sikap meletakkan kesalahan sendiri di atas bahu pihak lain.
“Bila dah tak tahu nak letak salah dekat siapa, jin dan syaitan pulak jadi kambing hitam,” katanya lagiz – UTUSAN











