KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Razak, Rohaya Sulaiman pergi menemui pencipta awal pagi tadi.
Berita duka itu disampaikan Syazwan menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
“Ibu sudah tak ada, minta semua jasa baik untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu tercinta saya, Maafkan beliau jika ada salah dan silap,” katanya di Instagram.
Terdahulu syazwan berkongsi di laman tersebut mengenai ibunya yang dimasukkan ke hospital.
Beliau juga berkongsi keadaan ibunya sebelum itu yang secara perlahan-lahan pulih dan kembali bertenaga.
“Ibu cakap ibu sudah ada tenaga balik. Alhamdulillah, terima kasih doakan,” katanya di Instastory.
Sementara itu pelakon, Mimi Lana turut berkongsi berita pemergian ibu mertuanya di lama Thread.
“Al-Fatihah, Minta doakan Ibu mertua saya yang baru kembali Ke Rahmatullah pagi ini.
Ya Allah ya tuhanku, ampunilah Rohaya Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,” tulisnya. – UTUSAN











