Hubungi polis selepas bunuh teman wanita

Hubungi polis selepas bunuh teman wanita

ASHARI ABU SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 19 tahun menghubungi polis melalui talian kecemasan MERS 999 selepas berlaku pergaduhan dengan teman wanitanya sehingga membawa kepada kematian mangsa di sebuah rumah sewa di Jalan Air Putih 2 di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, panggilan diterima kira-kira pukul 4.32 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, polis menemukan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan.

“Pemeriksaan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati kesan tekanan pada bahagian leher  sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ashari berkata, d siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa.

“Pasukan forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit K9 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut hadir menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi.  

“Suspek sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh sehingga 12 Oktober ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Bedah siasat ke atas mangsa dijadualkan dijalankan di Jabatan Forensik HTAA bagi menentukan punca sebenar kematian.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi dan mendapatkan laporan forensik kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh menjejaskan siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu dengan menghubungi polis,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN