Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 naik 10 sen

Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 naik 10 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 29 Oktober hingga 4 November naik sebanyak 20 sen iaitu dar:ipada RM5.07 kepada RM5.27 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 naik sebanyak 10 sen daripada RM4.32 kepada kepada RM4.42 seliter.

Sementara itu, RON97 juga naik 10 sen daripada RM4.80 kepada RM4.90 seliter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga minyak mentah Brent meningkat pada minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap risiko gangguan bekalan di Asia Barat, sebelum menyederhana sedikit pada penghujung tempoh pengiraan APM.

“Di pasaran serantau, harga diesel bertapis di Singapura turut meningkat, manakala
pergerakan harga petrol lebih bercampur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, stok produk petroleum tertentu di Singapura juga berkurangan, namun bekalan dari Asia Timur Laut dijangka kekal stabil.

“Perkembangan konflik di Asia Barat, termasuk ancaman terhadap infrastruktur tenaga dan laluan perkapalan terus menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran bekalan petroleum.

“Harga petroleum dunia dijangka kekal tidak menentu dalam jangka sederhana,” katanya.

Susulan itu, kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan
ketidaktentuan global ini, termasuk melalui subsidi bersasar Budi Madani.

“Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar
RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara
hidup rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini