Dua beranak sesat ketika cari akar kayu dui Besut

Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua beranak dilaporkan tersesat semasa mencari akar kayu di kawasan hutan berhampiran kawasan rekreasi La Hot Spring di sini, sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa Adam Adnan, 25, dan bapanya Adnan  Mohamad, 57, masuk ke hutan berkenaan pagi semalam namun kira-kira 3.30 petang,  seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan tersesat.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan laporan yang diterima, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini