Dahan pokok hempap kereta ketika hujan lebat di Presint 11

Dahan pokok hempap kereta ketika hujan lebat di Presint 11

Kereta penduduk rosak dihempap dahan pokok di Presint 11, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pekerja swasta berputih mata apabila kereta diparkir di hadapan rumahnya rosak dihempap dahan pokok dalam kejadian hujan lebat di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang di Jalan Presint A1-1, Presint 11 itu, sebuah kereta jenis Nissan Sentra rosak di bahagian bumbung akibat dihempap dahan pokok.

Saksi kejadian, Carlos Basri berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah sebelum mendapati kereta milik jirannya dihempap dahan pokok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 11 berkata, pemilik kereta bagaimanapun tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja.

“Dahan pokok tumbang itu turut menyebabkan sebahagian bumbung rumah bersebelahan rosak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau mahu Perbadanan Putrajaya (PPj) segera menyelenggara pokok-pokok di kawasan kediaman penduduk termasuk memangkas dahan-dahan reput bagi mengelak kejadian berulang.

Carlos berkata, beliau bimbang, jika dibiarkan lebih banyak insiden sama berulang pada masa depan khususnya ketika musim hujan dan angin kuat ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini