Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola

Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori ketika dipercayai mahu mengambil bola di atas jalan di Kampung Surau Haji Daud di Kuala Terengganu. - .IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori ketika mahu mengambil bola di atas jalan di Kampung Surau Haji Daud, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, di siniu dipercayai tiba-tiba memasuki laluan lori berkenaan dari arah rumahnya di sebelah kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kemalangan berlaku ketika lori jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari Kampung Surau Haji Daud menghala ke Kampung Tok Dir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) d untuk tindakan lanjut dan bedah siasat dijalankab malam ini.,” katanya hari ini.

Katanya, lori yang terlibat dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini