BAKAT MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu

BAKAT MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu

SALAH satu tanggungjawab hakiki sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta, adalah menjaga aset-aset supaya berada dalam keadaan baik, tidak cacat ataupun sakit mata memandang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 30,000 peluang pekerjaan baharu disasarkan menerusi Bakat Madani pada 2027, termasuk melalui penyertaan syarikat swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bakat Madani diluncurkan hasil komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 anak muda.

“Bagi tahun 2027, sasaran 30,000 peluang pekerjaan baharu disediakan termasuk melalui penglibatan syarikat swasta,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta, beliau berkata, kerajaan turut memberikan potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program latihan Bakat Madani mulai 29 Jun lalu hingga 31 Disember 2030.

Dalam pada itu, Anwar berkata, peruntukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian berjumlah RM8 bilion bagi meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran golongan muda.

“HRD Corp dengan dana RM3 bilion akan menawarkan tiga juta peluang latihan kemahiran, termasuk bagi tujuan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan golongan profesional,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan RM500 juta bagi membiayai pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran di institut latihan kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK.

“Kolej Komuniti pula terus menawarkan kursus pendek kepada anak tahfiz sebagai laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.

“Anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tamat perkhidmatan turut dibekalkan latihan kemahiran menerusi kerjasama dengan beberapa institusi, antaranya Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Akademi Laut Malaysia.

“MARA pula melatih serta menempatkan 1,000 belia Bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi, manakala kemahiran pelatih pendawaian elektrik GIATMARA akan dimanfaatkan bagi membaik pulih pendawaian 20,000 rumah keluarga miskin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, CIDB melatih 10,000 belia dalam teknologi robotik dan digital bagi membuka peluang kerjaya serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

“ADTEC JTM pula membuka laluan kerjaya automotif berkemahiran tinggi kepada graduan menerusi Program Advanced Automotive Technology,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan turut menumpukan pembangunan bakat muda kaum India dengan meningkatkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada RM150 juta.

“Keutamaan diberikan untuk membekalkan latihan serta pekerjaan kepada belia India, meliputi bidang seperti automasi industri, teknologi dan penyelenggaraan pesawat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini