Air mata iringi pengebumian dua beradik maut nahas di Dungun

Air mata iringi pengebumian dua beradik maut nahas di Dungun

JENAZAH dua beradik yang maut dalam nahas di Dungun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian dua beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bukit Bauk di Dungun, Terengganu semalam.

Jenazah Mohamad Zulkifli Ishak, 32, dan adiknya, Muhammad Alif Syukri, 18, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Era di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Terdahulu, hampir 200 ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi jenazah dua beradik itu ke tanah perkuburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu arwah dua beradik itu, Seedah Arwea, 51, berkata, dia reda dengan pemergian kedua-dua anaknya dan sangat menghargai usaha semua pihak yang menguruskan jenazah di Hospital Dungun.

Katanya, dia masih tidak tidur sejak semalam  kerana menunggu jenazah kedua-dua anaknya tiba dari Dungun.

“Saya ada lima anak dan kini hanya tinggal  tiga orang. Saya reda dengan kehilangan Mohamad Zulkifli dan Muhammad Alif Syukri yang merupakan antara dua anak yang sangat rapat dengan saya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Era di sini.

 Isteri kepada Allahyarham Mohamad Zulkifli iaitu Norshila Zali, 36, yang turut maut dalam nahas itu dikebumikan di kampungnya di Ketereh, Kota Bharu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini