100,000 lagi langganan AI percuma untuk anak muda

100,000 lagi langganan AI percuma untuk anak muda

BELANJAWAN 2027
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 100,000 langganan kecerdasan buatan (AI) percuma akan disediakan kepada anak muda susulan sambutan menggalakkan terhadap inisiatif berkenaan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu turut memperluas akses kepada aplikasi AI baharu seperti ChatGPT dalam usaha memperkasakan penguasaan golongan muda terhadap bidang masa hadapan.

“Anak muda perlu menguasai bidang seperti pengekodan, sains data dan teknologi kuantum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Platform Rakyat Digital menyediakan akses percuma kepada kursus digital hasil kerjasama dengan Coursera membabitkan lebih 16,000 kursus dan program sijil profesional daripada universiti serta organisasi industri terkemuka dunia,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, AI Malaysia Berhad menerima hampir RM15 juta bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan beretika, menuju sasaran 200,000 tenaga mahir AI.

“Dana MDEC sebanyak RM30 juta pula akan membantu 4,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerapkan AI serta mengautomasi operasi. Program itu turut melatih dan memperakui 5,000 profesional AI,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini