Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga tengah hari ini

Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah hingga tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 9 pagi memaklumkan kawasan terlibat ialah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang serta Subis dan Miri di bahagian Miri, Sarawak.

Di Sabah, amaran sama melibatkan Tawau, Semporna, Kalabakan dan Kunak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka di kawasan berkenaan hingga 12 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia memaklumkan Ribut Tropika SAUDEL kira-kira 199 kilometer dari Timur Wenchang, China tidak membawa kesan signifikan terhadap Malaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN