Sri Aman dan Serian kekal catat IPU tertinggi

Sri Aman dan Serian kekal catat IPU tertinggi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas dengan daerah Sri Aman dan Serian kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi iaitu masing-masing di 163 dan 162 manakala Samarahan (160) setakat pukul 11.50 pagi.

Data itu berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Sementara itu, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Putrajaya merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 158, diikuti Shah Alam (156), Johan Setia (155), Batu Muda (152), Banting (121) dan Klang (101).

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 161 dan Seremban (157). Manakala di Johor, Tangkak pula mencatatkan IPU sebanyak 152.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar bangunan serta memakai penutup muka sekiranya perlu berada di kawasan terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN