PRN Melaka: Kerjasama PH-BN masih dalam penelitian

PRN Melaka: Kerjasama PH-BN masih dalam penelitian

ANWAR Ibrahim berucap pada Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang masih berada di dalam fasa penelitian.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu sentiasa membuka ruang kerjasama dalam pilihan raya.

Beliau bagaimanapun menafikan pertemuan dengan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini adalah berkenaan kerjasama menjelang PRN Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah beri amanah kepada Amir (Amirudin) untuk work out (memperincikan).

“Saya jumpa Menteri Besar Selangor mengenai Sukan Malaysia (Sukma). Masa sukan, mana ada masa (untuk) politik.

“(Mengenai) ruang kerjasama dalam hidup ini mesti bekerjasama. Ini semua kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Serdang hari ini.

Anwar sebelum ini dilapor berkata jawatankuasa pilihan raya PH akan membincangkan potensi kerjasama dengan BN bagi PRN Melaka.

Beliau berkata jawatankuasa itu dipimpin Amirudin dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN