Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler parkir tepi jalan

Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler parkir tepi jalan

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Ipoh-Lumut di Bota Kiri, Seri Iskandar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Ipoh-Lumut di Bota Kiri, Seri Iskandar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu pada pukul 10.49 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya jentera di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang merempuh belakang treler yang diparkir di tepi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penunggang motosikal berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Operasi ditamatkan pada pukul 11.25 pagi selepas mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN