Cheras rekod udara tidak sihat

Cheras rekod udara tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cheras mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 117 setakat pukul 9 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Samarahan (164), IPD Serian (162) dan Sri Aman (155) di Sarawak.

Rata-rata kawasan lain di Semenanjung mula menyaksikan bacaan IPU sederhana, antara lingkungan 51 ke 100 seperti di Shah Alam, Petaling Jaya, Ipoh dan Taiping.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi jerebu turut menyebabkan kerajaan perlu meneliti kemungkinan mengubah skala atau lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara ketika ini termasuk di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN