Aina Abdul, Aisha Retno dan K.O.I Ramalan Neelofa AJL40 - Utusan Malaysia

Aina Abdul, Aisha Retno dan K.O.I Ramalan Neelofa AJL40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Neelofa, sekali lagi mencetuskan tumpuan apabila tampil berkongsi ramalan untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada malam ini.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 37, itu memilih penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Kamu, Aisha Retno (Tak Adil) dan K.O.I (Twikarma) sebagai pertaruhannya kali ini.

Ramalan itu sering ditunggu-tunggu oleh peminat memandangkan ramalan yang dibuatnya pada edisi terdahulu lazimnya tepat atau hampir tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AJL40, Aina Abdul, Aisha Retno dan K.O.I,” katanya ringkas di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, bekas hos Meletop ini turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi penyanyi Wani Kayrie yang menyampaikan lagu Cak Cak Cekuk.

“Dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Cak Cekuk Udang Galah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN