Zayn Rayyan mati dijerut, terdapat kesan pada dubur

Zayn Rayyan mati dijerut, terdapat kesan pada dubur

ZAIM Ikhwan Zahari bersama Ismanira Abdul Manaf sebelum sesi sambung bicara di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor.-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Punca kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mati adalah akibat dijerut dengan kuat berkemungkinan dengan menggunakan tali, lanyard atau kain yang dipintal.

Turut ditemukan pada tubuh kanak-kanak malang itu ialah lebih 20 kecederaan akibat objek tumpul dan tajam termasuk kesan luka koyakan di bahagian dubur akibat objek tumpul.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Perunding Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, Dr. Rohayu Shahar Adnan ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

“Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak yang melemaskan si mati, mengakibatkan kematian.

“Dengan ini, saya simpulkan sebab (punca) kematian sebagai Ligature Strangulation (jerutan),” katanya yang sebelum ini bertugas di Hospital Sungai Buloh ketika bedah siasat itu dilakukan.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang kedua-duanya berusia 30 tahun didakwa telah mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal yang didakwa dilakukan antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023 di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN