KUALA LUMPUR: Acara sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan pada 18 April 2025 bertempat di Rumah PENA akan dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaliha Mustafa.
Kehadiran beliau pada majlis tersebut adalah untuk membaca puisi sekali gus merasmikan Majlis Malam Baca Puisi PENA itu.
Program tersebut merupakan acara bulanan PENA sebagai langkah mengekalkan budaya sastera serta menghargai pembaca-pembaca puisi tanpa mengira kaum.
Majlis itu melibatkan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Majlis itu akan dimeriahkan dengan bacaan puisi daripada beberapa pembaca puisi termasuklah Adiwangsa, Sani Sudin, turut hadir Ketua Satu Pena Sumatera, Safwan Hadi Umri, Dr Rajeswari, Datuk Awang Sariyan dan rakan strategik lain. – UTUSAN