Yusri yakin raih sokongan pengundi kawasan kelabu, hitam - Utusan Malaysia

Yusri yakin raih sokongan pengundi kawasan kelabu, hitam

MOHAMAD Yusri Bakir (kanan) menyantuni pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Petalin, Bidor hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir optimis mampu meraih sokongan pengundi di kawasan dikategorikan kelabu dan hitam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, usaha sehabis baik telah dilakukan pasukannya sepanjang kempen dijalankan bagi mengembalikan semula keyakinan golongan itu untuk memberi sokongan kepada calon kerajaan.

“Kawasan pengundi kategori kelabu dan hitam ini merupakan kategori sukar untuk ditembusi tetapi saya cuba meraih undi. Diharap mereka dapat beri peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dalam tempoh berbaki berapa tahun lagi.

“Saya yakin kita berada di landasan yang betul dan setakat ini, maklum balas yang diterima adalah positif,” katanya di sini hari ini.

Menurut Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, dalam setiap kempen yang disertainya, beliau akan menerangkan kepada pengundi mengenai misi dan visinya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Malah katanya, penjelasan mengenai kepentingan mengundi calon parti kerajaan juga menjadi fokus utama bagi memastikan setiap permasalahan dan isu rakyat yang timbul nanti dapat diselesaikan segera

“Ketika turun padang, saya terangkan apa yang kita boleh bantu dan buat untuk pengundi. Kita perlukan pembangunan jadi sudah tentu untuk bangunkan kawasan kita perlu bersama-sama dengan kerajaan.

“Jadi pada waktu ini, kita perlukan sokongan orang ramai untuk undi calon kerajaan supaya kekal diberi mandat,” katanya.

Pada PRK DUN Ayer Kuning, Mohamad Yusri, 54, yang juga Bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya