Wings mahu hiburkan peminat di tirai besi - Utusan Malaysia

Wings mahu hiburkan peminat di tirai besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berkongsi perancangan untuk mengadakan konsert jelajah penjara bagi menghiburkan peminat di tirai besi.

Menurut Awie, perancangan tersebut turut mendapat lampu hijau  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Konsert istimewa ini diadakan untuk menghiburkan peminat kami di beberapa penjara. Perancangan ini juga sudah mendapat lampu hijau daripada Menteri Dalam Negeri. Beliau sangat suka dengan projek ini dan mahu ia menjadi realiti,” katanya.

Bagaimanapun Awie memaklumkan mereka memerlukan penaja untuk menjayakan konsert istimewa tersebut memandangkan itu merupakan projek kebajikan kumpulan Wings.

“Kami mahu bersama mereka dengan memberi kata-kata semangat, nyanyian, selawat dan sebagainya. Kami ambil kesempatan untuk buat kelainan.

“Saya harap perkara baik seperti ini dapat diuar-uarkan untuk memudahkan kami mendapatkan penaja kerana kami tidak jual tiket dan tak ambil bayaran.

“Ini projek kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat Wings. Jadi, saya harap akan ada jenama besar dan pengasas produk dapat bersama kami melaksanakan misi ini,” jelasnya.

Awie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis iftar dan sidang media anjuran Rumah Produksi Merah (RPM), baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Pengasas RPM, Datuk Eddy Amir Salim dan anggota Wings, iaitu Eddie, Black, Edrie dan Syam.

Selain konsert jelajah penjara, Wings juga mahu menganjurkan konsert tribute yang dijangka bakal berlangsung sama ada Mei atau Jun ini.

Malah, mereka juga mahu mengadakan festival khas iaitu Wings Fest yang bakal diadakan pada Oktober atau November depan sempena ulang tahun ke-40 kumpulan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya