Warga emas rugi RM400,00 diperdaya Sarjan Fatihah, Inspektor Hafiz

Warga emas rugi RM400,00 diperdaya Sarjan Fatihah, Inspektor Hafiz

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM439,444 akibat ditipu individu menyamar sebagai ‘Sarjan Fatihah’ dari Balai Polis Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 62 tahun dihubungi suspek pada 20 Januari lalu yang memaklumkan nombor telefonnya tersenarai dalam aktiviti pengubahan wang haram. 

“Panggilan itu disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘Inspektor Hafiz’ dari Bukit Aman dan diminta menyerahkan maklumat kepada Bank Negara bagi tujuan siasatan untuk membersihkan nama daripada sebarang kes jenayah.

“Kemudian pada 24 Januari lalu, mangsa diminta meletakkan kad ATM miliknya di luar pagar rumah, selain diarah memindahkan semua wang ke dalam dua akaun yang baharu dibuka atas arahan suspek,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila anaknya membuat pemeriksaan terhadap akaun tersebut dan mendapati kesemua wang telah dikeluarkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun sehingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya