Warga emas patah tulang belakang, bergaduh pasal parkir

Warga emas patah tulang belakang, bergaduh pasal parkir

LOKASI pergaduhan yang berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang warga emas berusia 82 tahun dilaporkan mengalami patah tulang belakang dalam pergaduhan yang berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Masjid Tanah di sini.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang juga warga emas berusia 65 tahun selepas disyaki terlibat dalam kejadian pada 4 Februari itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek telah ditahan kelmarin dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Mangsa dikatakan telah berbalah dengan suspek tentang tempat meletak kereta sebelum dia ditolak dengan kuat menggunakan sehingga menyebabkannya terjatuh terlentang atas jalan.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami patah tulang belakang,” katanya.

Tambah Ashari, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Penahanan reman terhadap suspek menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan masyarakat yang melihat kejadian ini sebagai bukti betapa pentingnya kawalan emosi, terutama di tempat awam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak bertindak melulu walaupun menghadapi situasi tegang kerana tindakan singkat boleh membawa padah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya