Warga emas maut, rakan patah paha

Warga emas maut, rakan patah paha

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Bekoh-Chabau, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang warga emas maut manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Simpang Bekoh-Chabau di sini, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.45 malam apabila motosikal Yamaha Ego yang ditunggang mangsa, Yap Ah Lek, 78, dari Chabau menghala ke Simpang Bekoh dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, motosikal tersebut membawa seorang pembonceng lelaki berusia 19 tahun dikenali sebagai Ong Wee Lon yang juga rakan kepada si mati.

“Pada masa sama, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan cuba mengelak, namun jarak terlalu dekat menyebabkan pelanggaran berlaku pada bahagian hadapan kanan kedua-dua kenderaan. 

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun Ah Lek disahkan meninggal dunia pada pukul 11.45 malam akibat pendarahan dalaman di bahagian perut,” katanya.

Tambah Mohamad Rusli, pembonceng motosikal mengalami patah pada bahagian paha dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya