Wakil rakyat perlu turun padang, pastikan Perlis kekal pencapaian sifar miskin tegar - Utusan Malaysia

Wakil rakyat perlu turun padang, pastikan Perlis kekal pencapaian sifar miskin tegar

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri dengan kerjasama seluruh wakil rakyat akan mempertahankan agar Perlis terus kekal dengan pencapaian sifar miskin tegar.

Justeru, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, semua wakil rakyat agar terus turun padang dan mengambil berat mengenai keperluan rakyat sepanjang memegang amanah pentadbiran.

Katanya, kerajaan negeri telah berjaya menyelesaikan isu miskin tegar di Perlis dan ia perlu dikekalkan.

“Kita ada mendapat maklumat terkini menunjukkan masih ada yang kembali ke dalam kategori miskin tegar, dan kita berharap seluruh rakyat mengambil iktibar.

“Semua bantuan yang disalurkan kerajaan bukanlah satu tujuan akhir sebaliknya setiap keluarga perlu berusaha lebih gigih lagi bagi memperbaiki ekonomi diri dan keluarga.

“Kalau boleh, kira kurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan,” katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam titah perasmian sidang DUN Perlis sebelum ini memaklumkan bahawa Perlis mencapai status sifar miskin tegar.

Berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional e-Kasih hingga 31 Disember tahun lalu, Perlis tersenarai empat yang mencatatkan sifar miskin tegar, titah

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, pelbagai inisiatif dan geran perniagaan kepada komuniti disediakan sebagai jambatan untuk mereka memulakan langkah pertama keluar daripada kelompok kemiskinan.

Sementara itu, Mohd. Shukri meminta semua pihak bekerjasama meneliti punca masalah sebelum membuat tuduhan dalam isu kekurangan bekalan air di loji Universiti Malaysia Perlis (Unimap) baru-baru ini.

“Kita tidak boleh menuding jari dan menyalahkan tanpa bukti. Semua pihak perlu mengenal pasti punca sebenar terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.

Selain itu, Mohd Shukri memaklumkan kerajaan akan mengambil langkah proaktif, termasuk berusaha mengharamkan penjualan vape di negeri ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras dadah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya