Wajah terlalu jambu, Alvin Chong sanggup berjemur di pantai supaya nampak maskulin - Utusan Malaysia

Wajah terlalu jambu, Alvin Chong sanggup berjemur di pantai supaya nampak maskulin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya pernah pergi casting untuk watak aksi dan antagonis tetapi produksi kata muka saya terlalu baik.”

Demikian luahan pelakon, Alvin Chong yang mangakui sukar untuk meluaskan genre lakonannya lebih-lebih lagi kerana dia berbangsa Cina dan memiliki wajah yang ‘feminin’.

Menurut Alvin, dia teringin untuk melakonkan naskhah yang bergenre aksi dan watak antagonis, namun percubaan itu sering gagal kerana limitasi tersebut.

“Susah untuk pelakon berbangsa Cina dapat memainkan peranan utama terutamanya genre aksi dan watak jahat. Saya selalu dapat naskhah yang bergenre cinta dan romantik komedi kerana wajah saya yang dikatakan terlalu jambu.

“Bagi saya, sebab itulah saya perlu cuba juga genre lain supaya saya boleh belajar lagi. Takkan saya mahu pergi buat muka pula. Saya sampai pergi ke pantai untuk gelapkan kulit sikit supaya nampak jantan sikit,” katanya.

Alvin berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama berdurasi pendek, Tiada Seperti Leyla, pada Isnin.

Tambah Alvin, dia juga sudah mula menghadiri kelas Muay Thai sebagai persiapan awal sebelum dirinya cuba mengintai dunia perfileman yang bergenre aksi.

“Saya pergi ke kelas tersebut kerana mahu ambil momentum dahulu supaya ada produksi sedar akan kebolehan saya untuk melakukan aksi. Saya harap suatu hari nanti ada rezeki saya untuk berlakon filem yang selain dari genre cinta,” jelasnya.

Mengulas mengenai Tiada Seperti Leyla, drama yang merupakan gandingan sulung Alvin bersama aktres, Rita Nadira itu sudah mula ditayangkan di aplikasi Viu bermula 7 April lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya