Video buli tular kejadian lama - Polis

Video buli tular kejadian lama – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Rakaman video tular di media sosial mengenai satu kejadian buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang adalah kejadian lama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintenden Mohd. Norazmi Abd Ghapar berkata, siasatan awal mendapati, kejadian yang membabitkan tujuh pelajar termasuk mangsa berusia 15 tahun itu berlaku sekitar pertengahan tahun lepas.

Katanya, setakat ini, tiada laporan polis yang dibuat berhubung kejadian terbabit, namun, polis tetap menjalankan siasatan susulan penularan video berkenaan.

“Kesemua mereka yang terlibat telah dikenal pasti dan punca kejadian, mereka hanya bergurau dan ejek-mengejek sesama sendiri.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan termasuk merakam keterangan kesemua mereka yang terlibat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi seminit 32 saat yang memaparkan mengenai dua remaja lelaki menindih seorang remaja lain di atas katil dengan salah seorang daripada mereka dilihat turut memukul badan mangsa dengan menggunakan objek disyaki tali pinggang. 

Susulan penularan rakaman video tersebut, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau akan menyiasat mengenai kebenaran video berkenaan.

“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi. Tindakan tegas pasti akan diambil,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya