Ustaz Muhaimin calon PN PRK Ayer Kuning - Utusan Malaysia

Ustaz Muhaimin calon PN PRK Ayer Kuning

ABDUL Muhaimin Malek (tengah) diumum sebagai calon PN bagi PRK Ayer Kuning pada majlis di Tapah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Yang Dipertua Pas Tapah, Ustaz Abdul Muhaimin Malek, 44, dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Beliau disytiharkan sebagai calon dalam saingan tiga penjuru setakat ini berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya amat bersyukur kerana terpilih dan berjanji akan melaksanakan tugas yang berat ini sebaik mungkin'” kata Abdul Muhaimin pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional PRK N.48 Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road di sini hari ini.

Muhaimin merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tapah, selain pengetua sebuah maahad tahfiz swasta di Ayer Kuning.

Anak jati Kampung Baru Ayer Kuning ini mempunyai tujuh orang anak dan merupakan seorang guru agama yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Pembangunan Insan Bidor.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRK itu 12 April, hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April dan hari pengundian pada 26 April depan yang melibatkan 31,897 pemilih dengan peruntukan kos kira-kira RM2.5 juta.

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya