USIM catat 97.6 peratus kadar kebolehpasaran graduan tahun lepas

USIM catat 97.6 peratus kadar kebolehpasaran graduan tahun lepas

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97.6 peratus bagi tahun 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan (GM) sebanyak 97.6 peratus bagi tahun 2024 sekali gus melepasi penetapan sasaran nasional sebanyak 86.4 peratus ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pencapaian GM tahun ini merangkumi status empat indikator iaitu bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan dengan kadar responden sebanyak 99.5 peratus bersamaan 2,937 graduan warganegara.

Selaras dengan pengenalan operasi baharu, Kadar Bekerja Graduan (GE) USIM mencatatkan sebanyak 97.6 peratus merujuk kepada perkadaran graduan bekerja kepada bilangan graduan dalam tenaga buruh.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pencapaian tersebut hasil kerjasama konsisten semua pihak di fakulti menerusi pendekatan holistik yang diterapkan.

Ia termasuklah dalam aspek pembangunan sahsiah dan akademik pelajar selain sokongan daripada Pusat Kerjaya dan Alumni USIM dan industri.

“Ia memperlihatkan perkembangan positif yang meletakkan USIM dalam kalangan universiti yang berjaya menghasilkan graduan berkualiti dan bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. 

“Saya berharap agar kejayaan ini terus diperkukuh menerusi program pemantapan kemahiran insaniah, bimbingan kerjaya dan pendedahan kepada pengalaman industri sebenar yang menyeluruh kerana graduan perlu memiliki nilai tambah untuk mendapat tempat di industri pekerjaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya