UMNO Kelantan kecam tuduhan ADUN Melor, cabar ulang di luar DUN

UMNO Kelantan kecam tuduhan ADUN Melor, cabar ulang di luar DUN

AHMAD Jazlan Yaakub
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan mengecam tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud mengaitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Negara berkaitan sumbangan mahram serta penyalahgunaan dadah bermotifkan politik.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata, beliau mencabar wakil rakyat Pas itu untuk mengulang tuduhan itu di luar daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menurutnya, tindakan itu bagi menunjukkan kebertanggungjawaban di atas kenyataan jahat yang memberi persepsi buruk kepada penjawat awam dan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

“Ia adalah satu tuduhan bersifat bacul dan amat berat kepada pihak polis apabila berlindung disebalik ‘imuniti’ DUN Kelantan. Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Negara serta keseluruhan pasukan polis merupakan penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan dan bertugas untuk menjaga keselamatan negara.

“Adalah tidak wajar mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh polis tentang bidang tugas mereka dalam usaha memberi kesedaran dan membenteras jenayah dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Wan Rohimi (Pas-Melor) mempersoalkan pendedahan Ketua Polis Kelantan berkaitan penglibatan pempengaruh dan usahawan kosmetik menjadi ketua sindiket jual dadah.

Beliau juga mempersoal pendedahan berkait kes sumbang mahram dan rogol yang dibuat oleh Datuk Mohd. Yusoff Mamat itu.

Wan Rohimi berkata, kenyataan itu tidak mempunyai data dan fakta berkaitan dengan pendedahan tersebut serta seolah-olah disengajakan bagi menimbulkan persepsi bahawa Kelantan adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya