Tun M tiba Mahkamah KL hadiri prosiding komital dikemukakan Zahid

Tun M tiba Mahkamah KL hadiri prosiding komital dikemukakan Zahid

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.50 pagi, hari ini.

Ketibaan beliau adalah bagi memulakan prosiding komital terhadapnya yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Perbicaraan dijadual bermula jam 10 pagi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Prosiding itu berkaitan tindakan Dr Mahathir, 99, yang mengadakan sidang akhbar pada 5 Disember tahun lepas di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan beliau selepas memberi keterangan dalam samannya terhadap Ahmad Zahid, 72, berhubung isu “kutty”.

Sebelum ini, peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid berkata, mahkamah telah membenarkan permohonan anak guamnya untuk memulakan prosiding komital selepas mendengar permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh Presiden UMNO itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN