PETALING JAYA: Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dikenang sebagai seorang tokoh berhemah, tenang dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemergian Perdana Menteri Kelima itu merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya sejarah kepemimpinan tanah air.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, diampunkan segala dosanya, diterima segala amalan solehnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.
Semalam, Allahyarham Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah pernafasan. – UTUSAN