Tun Abdullah bantu ASEAN berdiri megah di persada dunia 

Tun Abdullah bantu ASEAN berdiri megah di persada dunia 

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang dihormati termasuk dalam memperkukuhkan peranan ASEAN.

 

Beliau berkata lagi, Tun Abdullah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia sepanjang enam tahun perkhidmatannya. 

 

“Semasa tempoh pentabirannya, Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama seperti pembangunan Iskandar Malaysia dan mencapai kemajuan ketara dalam isu bilateral.

 

“Ia sekali gus meletakkan asas yang kukuh kepada hubungan erat kedua-dua negara pada hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

 

Dalam pada itu, Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan menyifatkan Tun Abdullah sebagai pemimpin berkaliber yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan ASEAN. 

 

“Tun Abdullah dan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Hsien Loong pernah mengadakan Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia yang pertama di Langkawi pada 2007. 

 

“Ia kini menjadi platform tetap bagi pemimpin kedua-dua negara membincangkan isu-isu penting bilateral,” katanya.  

 

Semalam, Allahyarham Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah pernafasan yang dialaminya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN