Tujuh borang pencalonan PRK Ayer Kuning dibeli setakat ini - Utusan Malaysia

Tujuh borang pencalonan PRK Ayer Kuning dibeli setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tujuh borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dibeli setakat ini.

“Untuk makluman, setakat ini 7 borang calon PRK Ayer Kuning telah dijual,” kata SPR.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengumumkan calon bertanding dalam PRK Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang di Georgetown pada 22 Februari lalu.

SPR menetapkan hari pengundian PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya