Tubuh RCI siasat pencerobohan tanah di Raub

Tubuh RCI siasat pencerobohan tanah di Raub

ROSLI ABDUL JABAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pas Pahang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat bagaimana kegiatan pencerobohan tanah berskala besar di Raub yang berlangsung selama 40 tahun tanpa tindakan.

Pesuruhjaya Pas, Rosli Abdul Jabar berkata, RCI itu perlu disegerakan bagi menyiasat pihak melindungi dan bersubahat sehingga membolehkan penerokaan tanah berlaku.

“Siapa yang melindungi? Siapa yang bersubahat? Dan yang paling penting, siapa pegawai-pegawai kerajaan yang secara langsung atau tidak, gagal menjalankan tugas mereka selama empat dekad?

“Semua pihak yang terlibat daripada penceroboh hingga pegawai yang berkompromi, harus ditahan, disiasat dan didakwa tanpa kompromi kerana inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang dan menghormati titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata­nya dalam kenyataan di sini. 

Rosli berkata, tindakan Save Musang King Alliance (Samka) yang mengumpul dan menye­rahkan 400 tandatangan kepada Perdana Menteri dan Sultan Pahang adalah satu bentuk pen­derhakaan terang-terangan terhadap kedaulatan negeri Pahang.

“Ini bukan sekadar permohonan biasa, tetapi satu cubaan terancang untuk menggugat titah Sultan Pahang yang jelas mempertahankan tanah milik kerajaan negeri daripada pencerobohan haram yang telah berlangsung selama 40 tahun.

“Apa berlaku di Raub bukan mengenai ‘petani kecil’ seperti gambaran yang cuba diberikan. Ia adalah jenayah terancang melibatkan kawasan beribu-ribu ekar yang dirampas secara haram.

“Bayangkan jika anda memiliki sebidang tanah, kemudian seseorang datang, merampas dan mengusahakannya selama 40 tahun dan kini ada pula pihak ketiga yang menandatangani petisyen meminta agar perampas itu dibenarkan terus merampas harta anda. Adakah ini adil? Adakah ini yang dipanggil keadilan?,” soalnya. 

Beliau berkata, Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984 jelas mengatakan bahawa pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan adalah kesalahan serius yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda RM500,000.

“Tetapi Samka dan penyokongnya seolah-olah menganggap undang-undang ini tidak wujud. Mereka yang menandatangani petisyen dengan sengaja melindungi dan menyokong penjenayah dan de­ngan itu seharusnya didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Ke­seksaan kerana bersubahat dalam jenayah.

“Seperti kumbang yang men­dekati api, mereka yang menandatangani petisyen ini sedang bermain dengan kedaula­tan undang-undang. Tidakkah me­reka sedar bahawa tindakan mereka adalah cubaan langsung menghalang penguatkuasaan? Adakah nama-nama dalam senarai tersebut menandakan golongan ‘tidak boleh disentuh’ menganggap diri mereka melebihi undang-undang?,” soalnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya