Tubuh Majlis Mineral tingkat tadbir urus sektor mineral

DUN Kelantan: Tubuh Majlis Mineral tingkat tadbir urus sektor mineral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedang menyediakan draf penubuhan Majlis Mineral Kelantan bagi meningkatkan tadbir urus sektor mineral di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, selain itu pihaknya turut melaksanakan beberapa inisiatif strategik bagi pembangunan industri nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di negeri ini.

Katanya, inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui pelarasan dasar di bawah kerangka kerjasama ‘State Government 4’ (SG4) melibatkan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.

“Sehingga kini beberapa bengkel strategik berkaitan NRREE telah dianjurkan dengan melibatkan agensi teknikal dan pihak industri. Antara hasil utama pelaksanaan tersebut adalah penyediaan peta laluan’ pembangunan industri NRREE SG4 sebagai panduan hala tuju negeri-negeri SG4.

“Kita juga  menubuhkan jawatankuasa kerja NRREE melibatkan aspek perundangan, kewangan dan teknikal,” katanya ketika menjawab soalan daripada Zubir Abu Bakar (Pas-Mengkebang) pada Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 Tahun 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri juga sedang membuat semakan dan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan persampelan dan perlombongan sampel dalam industri NRREE.

“Kita juga telah melaksanakan lawatan kerja teknikal bagi penilaian potensi kawasan pembangunan. Kita juga sudah melaksanakan sesi libat urus serta rundingan bersama pelabur dan pemain industri untuk memastikan pelaburan dibuat secara berhemah dan mapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya