Letupan paip gas: Pesara TNB guna tangki oksigen untuk bernafas

Tragedi Putra Heights: Pesara TNB guna tangki oksigen untuk bernafas

KEADAAN rumah Baharuddin yang musnah akibat letupan paip gas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: “Saya terpaksa menyewa tangki oksigen bagi melancarkan pernafasan pada waktu malam. Tanpa tangki oksigen, saya sesak nafas kerana udara di kawasan ini sekarang tercemar teruk.”

Demikian keluhan seorang mangsa, Baharuddin Yusuf, 66 seorang pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini perlu bergantung pada bantuan kesihatan untuk mengatasi masalah pernafasan dialaminya.

Menurut Baharuddin, dalam rumah dan kawasan halamannya penuh dengan debu dan habuk akibat kerja-kerja mengerudi di kawasan kejadian letupan paip gas di Putra Heights.

“Habuk ini sukar untuk dilihat dengan mata kasar, tetapi ia boleh dirasai apabila dicalitkan pada jari di permukaan lantai.

“Kami sukar bernafas kerana habuk ini memenuhi udara di dalam rumah,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Baharudin mengulas me­ngenai perkembangan terkini di Kampung Kuala Sungai Baru yang kini dalam proses baik pulih ekoran tragedi letupan paip gas baru-baru ini.

Namun kerja pembaikan di kawasan berdekatan menganggu ketenteraman penduduk di situ seperti masalah pencemaran udara dan bunyi bising.

Katanya kerja penggerudian 24 jam menyebabkannya susah tidur, terutama pada waktu malam.

Biarpun kawasan kediaman di situ mengalami kerosakan akibat tragedi letupan paip gas dianggarkan 7 daripada 9 keluarga setia berada di rumah masing-masing.

Baharuddin berharap pihak berwajib dapat memberi perhatian terhadap kesan pencemaran udara dan bunyi bising di kawasan itu.

Keadaan semakin teruk itu menyukarkannya menjalani kehidupan harian dengan tenang seperti sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya