Tragedi letupan paip gas: 65 pelajar IPT terjejas terima RM2,000

Tragedi letupan paip gas: 65 pelajar IPT terjejas terima RM2,000

AZLINDA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyumbangkan RM2,000 kepada 65 penuntut Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang terlibat dalam kebakaran paip gas Putra Heights.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pelajar-pelajar IPT yang terkesan dengan insiden kebakaran paip gas, Selasa lepas.

“KPT komited membantu pelajar terjejas kebakaran paip gas dengan menyalurkan bantuan kewangan melalui pembukaan kaunter Yayasan Perkasa Siswa (YPS),” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Penempatan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights, disini hari ini.

Katanya, untuk hari ini seramai lima pelajar yang terkesan daripada lapan universiti menerima bantuan RM2,000 secara tunai.

“Semalam kita sudah salurkan RM2,000 secara tunai juga bagi lima orang pelajar yang terlibat, dan kita akan teruskan pemberian sumbangan ini sehingga selesai,” katanya.

Menurut Azlinda, penerima bantuan adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak universiti.

Dalam pada itu, Azlinda berkata, pihaknya bersama Kementerian Digital akan berbincang pihak yang mana akan menyalurkan bantuan komputer riba kepada pelajar terjejas.

“Kita memang akan berbincang dahulu bersama Kementerian Digital supaya bantuan yang disalurkan tidak bertindan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya