TPM hadiri majlis rumah terbuka Ab. Rauf

TPM hadiri majlis rumah terbuka Ab. Rauf

AHMAD Zahid menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di Villa d' Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa hampir setengah jam menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di Villa d’ Acqua Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Presiden UMNO itu tiba kira-kira pukul 5.30 petang serta disambut Ab. Rauf bersama beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum menjamu selera pelbagai juadah yang disediakan.

Sewaktu tiba Ahmad Zahid sempat menyantuni ribuan rakyat yang hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.

Ab. Rauf berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin kerajaan dan negeri serta seluruh rakyat negeri pada majlis rumah terbuka di kediamannya.

“Walaupun selepas 20 hari sambutan Aidilfitri tetapi orang ramai masih ramai yang hadir untuk meraikannya ini membuktikan sebuah kerajaan yang stabil membolehkan rakyat berbilang kaum meraikannya,” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hujan yang turun pada sebelah petang tidak menghalang lebih 15,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka tersebut sejak pukul 2.00 petang dan dijangka berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya