Tolong laporkan ketirisan, salah guna DKD - Azmir Saifuddin Mutalib - Utusan Malaysia

Tolong laporkan ketirisan, salah guna DKD – Azmir Saifuddin Mutalib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggiat filem tempatan diseru tampil membuat aduan sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan Dana Kandungan Kreatif (DKD).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, langkah itu penting bagi membolehkan pelaku dihalang dan diambil tindakan.

“Pengadu boleh hubungi hotline Finas untuk buat aduan. Kami akan hubungi pengadu dan pelaku antara dua hingga tiga hari waktu bekerja.

“Siasatan hanya boleh dibuat sekiranya ada aduan. Jadi saya seru, mereka yang ada maklumat sila tampil buat laporan rasmi kepada kami.

“Perkara ini penting supaya kita dapat halang, sekat dan senarai hitam pelaku,” katanya.

Azmir berkata demikian sempena sambutan Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Azmir turut mengalu-alukan penggiat filem dan drama yang berdepan pemerasan atau salah laku agar tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkenaan.

“Finas terima laporan, khususnya dalam kalangan kru penggambaran mengenai gaji lewat dan pelanggaran kontrak membabitkan penerbit, penaja dan sebagainya.

“Salah laku seperti ini tidak boleh didiamkan. Kami harap mangsa tampil membuat aduan kepada polis, persatuan atau Finas.

“Dan pengadu tidak perlu risau kerana kami akan lindungi identiti mereka.

“Kegiatan seperti ini perlu dihentikan supaya industri perfileman kita dapat berkembangan sihat,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya