Tindakan Amerika Syarikat boleh cetus perang dagang

Tindakan Amerika Syarikat boleh cetus perang dagang

MOHAMED KHALED Nordin (empat dari kanan) bersama-sama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Tinggi berselawat bagi memulakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tindakan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan tarif lebih tinggi dijangka menyebabkan ‘peperangan’ perdagangan dunia (trade war).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia turut tidak terkecuali berdepan cabaran dan keadaan tidak menentu susulan tindakan Amerika Syarikat itu.

“Tindakan AS memperkenalkan tarif lebih tinggi itu menimbulkan persoalan apakah asas-asas peraturan perdagangan untuk masa depan. Ini kerana sebelum ini yang mendukung dan memperkenalkan supaya perdagangan dunia ini bebas adalah AS sendiri,.

“Namun sekarang AS juga yang telah menarik sistem yang mereka perkenalkan, menyebabkan dunia kini berada dalam keadaan tidak ada ketentuan. Atas sebab itu kita sokong kerajaan berunding (dengan AS) tetapi kita masih lagi belum ada ketentuan apa akan jadi kepada dunia. 

“Ia mungkin akan membawa  peperangan perdagangan dunia ataupun ‘trade war’ dan kita tidak tahu lagi apa akan jadi selepas ini,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Tinggi  di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini. 

Minggu lalu, Presiden Donald Trump mengumumkan AS memperkenalkan tarif asas 10 peratus kepada semua negara dan duti lebih tinggi membabitkan beberapa negara, termasuk Malaysia.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia dikenakan tarif timbal balik 24 peratus termasuk kadar asas manakala negara serantau seperti Kemboja pada 49 peratus, Vietnam (46 peratus) dan Thailand (36 peratus).

Dalam pada itu Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, usaha kerajaan untuk berunding dengan AS mungkin akan berjaya kerana hubungan yang baik kedua-dua buah negara.

“Namun itu sahaja (rundingan) tidak memungkinkan negara kita terlepas daripada cabaran yang lahir daripada tindakan AS memperkenalkan tarif lebih tinggi kerana seperti kita tahu dunia maju, berkembang dan makmur kerana perdagangan dunia yang bebas.

“Namun, apabila AS mengenakan tarif yang begitu tinggi, ia seolah-olah melaksanakan ‘protectionism’ dan menghalang perdagangan dunia yang bebas. 

“Apabila perdagangan dunia tidak bebas, terhalang dan tersekat kerana tarif yang tinggi maka banyak negara akan mengalami kemerosotan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya