KUALA LUMPUR : Selepas direhatkan selama sebulan, stesen radio ERA kembali bersiaran bersama tiga penyampai sensasinya, Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin hari ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin berkata, ketiga-tiga mereka kembali mengendalikan segmen 3Pagi ERA.
“Kami akui mendapat pelbagai maklum balas daripada pendengar ERA yang terlalu merindui dengan telatah dan coletah Nabil, Pak Azad dan Radin.
“Selepas kami mengumumkan mereka kembali bersiaran seperti biasa iaitu pada hari ini, rata-rata pendengar teruja dan tidak sabar untuk mendengar kembali gandingan mereka itu.
“Sepanjang mereka direhatkan, ERA kekal fokus untuk memberikan kandungan dan pengisian terbaik sepanjang bulan Ramadan lalu.
“Pelbagai aktivi juga telah kami lakukan meskipun ketiadaan ketiga- tiga penyampai utama bersebut. Antara program yang telah kami lakukan termasuklah Ais Batu ERA yang dihantar secara percuma di depan pintu rumah pendengar dan juga bersihkan rumah pendengar ERA sempena meraikan Hari
Raya,” katanya.
Tambah Azah, penyampai 3Pagi ERA Nabil, Azad dan Radin turut mengakui teruja untuk kembali bersiaran di studio selepas mereka direhatkan.
“Ini adalah peluang terbaik buat mereka untuk merapatkan semula hubungan mereka dengan pendengar yang dak tidak henti-henti menyokong kerjaya mereka.
“Kembalinya tonggak utama 3Pagi ERA, kami akan teruskan dengan pelbagai ak vi dan program yang memberi impak positif kepada semua pihak. Golongan yang memerlukan bantuan juga akan kami kenal pasti untuk aktiviti kami yang seterusnya.
“Apa-apa pun, saya mewakili pengurusan ERA
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendengar setia ERA yang sentiasa memberi semangat agar kami terus bangkit serta kekal relevan dalam industri penyiaran radio,”ujarnya.
Untuk info, sepanjang ketiadaan ketiga-tiga penyampai tersebut, selebriti dan pengacara, Sharifah Shahira telah menggantikan tugas bersama Haziq dan Namie.
Terdahulu, tiga penyampai radio segmen berkenaan terpalit dengan kontroversi berkaitan sebuah video tular memaparkan salah seorang daripada mereka menari yang dianggap mempersendakan agama lain.
Meski dihambat kecaman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn. Bhd., pengendali stesen radio Era FM tidak digantung.
Bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.- UTUSAN