Tidak boleh ziarah waktu sesuka hati

Tidak boleh ziarah waktu sesuka hati

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak boleh ziarah waktu sesuka hati

SOALAN
Salam ustaz, saya difahamkan ada waktu waktu tertentu kita dilarang ziarah rumah orang.Boleh ustaz perjelas waktu waktu berkenaan dan kenapa?

-Ingin tahu
Lanchang

JAWAPAN
Ya betul ada waktu terlarang yang dilarang kita berziarah kerana menjaga hak mereka seperti waktu rehat tenag hari atau waktu mereka keletihan. Apabila tidak menjawab maka kita pulanglah itu lebih baik untuk kita melainkan sudah perjanjian pertemuan sebelum itu.

Apakah fadilat puasa enam Syawal

SOALAN
Saya ingin tahu apa tujuan atau fadilat disunatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal?
Kasim
Insan ingin tahu
JAWAPAN
Fadilah kita berpuasa enam boleh melengkapkan kekurangan puasa Ramadan dan menyambung latihan Ramadan. Diriwayatkan dalam hadis sahih, sesiapa yang berpuasa enam hari dalam bulan Syawal selepas puasa Ramadan menyamai puasa setahun.

Duit raya bukan kewajipan

SOALAN
Apakah pemberian duit raya itu satu tuntutan atau sekadar sedekah?

-Hilmi
Puchong
JAWAPAN
Pemberian duit raya boleh dikategorikan sebagai hibah, hadiah atau sedekah bukan satu kewajipan. Tidak perlu bagi kalau tidak berkemampuan untuk memberi duit raya. Yang menerima pula bersyukurlah, tidak kira berapa nilainya.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya