'Tiada PdPR, cuti sekolah semasa SWSI di Pulau Pinang'

‘Tiada PdPR, cuti sekolah semasa SWSI di Pulau Pinang’

WAN SAJIRI WAN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) memaklumkan, tiada pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau cuti sekolah akan diberikan sepanjang Gangguan Bekalan Air Berjadual (SWSI) yang akan bermula malam esok sehingga Isnin depan.

Pengarahnya, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, hal ini demikian kerana, kebanyakan sekolah telah membuat persiapan awal bagi menghadapi masalah gangguan air tersebut ketika ini.

“Gangguan air yang berlaku itu tidak lama. Lagipun, kita sudah ada pengalaman sebelum ini seperti pernah berdepan dengan gangguan bekalan air yang lebih panjang daripada ini.

“Untuk hari esok (Jumaat), saya difahamkan bahawa semua sekolah sudah menyimpan bekalan air masing-masing. Jadi, kita harap dengan adanya persiapan seperti ini, maka, sesi persekolahan dapat diteruskan seperti biasa.

“Oleh itu, tiada PdPR atau tiada cuti (bagi sekolah-sekolah yang terkesan dengan SWSI) buat masa ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Wan Sajiri, pelajar yang tinggal di asrama juga akan dibenarkan pulang mulai petang ini dan akan kembali semula pada hari Ahad.

Terdahulu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan gangguan bekalan air akan berlaku di kebanyakan lokasi di kelima-lima daerah di Pulau Pinang bermula pukul 10 malam esok dan akan berakhir selewat-lewatnya pukul 10 pagi pada 28 April ini atau Isnin depan.

Gangguan air yang dijangka memberi kesan kepada 341,708 pengguna air di seluruh Pulau Pinang termasuk beberapa kawasan perindustrian itu susulan henti tugas separa di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi pelaksanaan 23 projek kerja air berjadual di seluruh negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya