PUTRAJAYA: Bekas pegawai penyiasat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengakui bahawa tiada bukti langsung yang menunjukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan arahan agar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun peribadinya. “Bukti terus yang menunjukkan Najib mengarahkan ke mana wang itu (sepatutnya disalurkan), saya tidak menjumpainya tetapi berdasarkan cara syarikat itu beroperasi, memorandum syarikat, kelulusan oleh Lembaga Pengarah dan Najib, transaksi (aliran keluar wang) telah dilakukan,” kata Senior Asisten Komisioner R. Rajagopal. Berdasarkan Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB menyatakan, keputusan membabitkan kewangan, keselamatan dan dasar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya