Terkejut Galok Raya tular, pendengar teringat arwah atuk - The Impatient Sisters - Utusan Malaysia

Terkejut Galok Raya tular, pendengar teringat arwah atuk – The Impatient Sisters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trio tiga beradik, The Impatient Sisters, tidak menyangka lagu raya yang dihasilkan dengan rentak swing-jazz klasik, Galok Raya, berjaya tular sehingga ke Indonesia.

Lagu terbaharu kumpulan The Impatient Sisters yang dianggotai Soraya Taib, Nazeera Taib, and Irena Taib berjaya memperoleh lebih satu juta tontonan dan diguna pakai hampir 10 ribu pengguna di aplikasi TikTok sejak dilancarkan minggu lalu.

“Terkejut juga sebab kami tiada perancangan mahu terbitkan lagu raya yang akan beri impak besar. Namun kami bersyukur kerana ramai yang suka dan gunakan lagu itu.

“Kami baru sahaja aktif di TikTok, sejak lagu itu tular, ramai yang mula berkenalan dengan kami. Begitu juga kami yang baru sahaja berkenalan dengan pengguna TikTok,” kata Irena ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bercerita mengenai respons pendengar setakat ini, sebagai kakak sulung, Soraya terharu apabila menerima mesej daripada pendengar mengatakan lagu Galok Raya mengingatkan mereka dengan insan tersayang yang sudah meninggal dunia.

“Paling menyentuh apabila kami terima pesanan mesej daripada pendengar mengatakan kalau arwah atuk mereka masih hidup, mungkin arwah akan suka lagu ini.

“Ini bermakna lagi itu dekat dengan pendengar,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Galok Raya, judul lagu ini diambil daripada perkataan pantai timur iaitu Galok yang menggambarkan keterujaan selain membawa maksud gatal dan nakal sesuai dengan lirik lagu ini.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga dihasilkan dalam versi bahasa Indonesia dengan tajuk Gempita Hari Raya, kedua-duanya hasil sentuhan komposer Indonesia terkenal, Ari Renaldi.

“Kami sudah berkawan dan bekerjasama dengan Ari Renaldi sejak album kedua kami. Pendek kata kami sudah sekepala. Sebab itu bila kami kata mahu tulis lagi, dia terus setuju.

“Jadi susunan muzik untuk lagu ini semua dihasilkan oleh pemuzik dari Bandung. Ari Renaldi juga terkenal berkolaborasi dengan artis ternama Indonesia seperti Tulus dan Yura Yunita.

“Dia pun teruja dengan sambutan lagu ini dan terima kasih juga kepadanya kerana percayakan kami,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, The Impatient Sisters bakal tampil membuat persembahan di rumah terbuka Inikan Sebulan di Kedai KL pada 20 April ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya