Terima kasih Sharnaaz, sebab tak pernah penat jadi bahu yang aku perlu - Shukri Yahaya - Utusan Malaysia

Terima kasih Sharnaaz, sebab tak pernah penat jadi bahu yang aku perlu – Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Shukri Yahaya tampil menitipkan ucapan penghargaan buat sahabat baiknya, Sharnaaz Ahmad yang sering mendorong dan menjadi tulang belakang dalam kerjayanya.

Menurut Shukri, dia berasa bersyukur memiliki seorang sahabat seperti Sharnaaz yang sentiasa ada disisinya di saat susah dan senang.

“Dalam jatuh bangun, dia (Sharnaaz) ini tetap ada. Terima kasih sebab tak pernah penat jadi bahu yang aku perlukan.

“Apa pun problem dia tak pernah tanya ‘kenapa?’ tapi terus cakap ‘aku ada’. Itulah dia Sharnaaz Ahmad,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam masa sama, pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu turut memberitahu bahawa Sharnaaz juga yang membuka jalan untuknya membintangi naskhah tersebut.

“Tak semua orang boleh tahan dengan perangai aku tapi dia macam dah sign kontrak sehidup semati. Itulah dia Blood Brothers, dan sebab dia lah aku dapat buat cerita ini,” katanya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memberitahu hidupnya juga tiada seri tanpa kehadiran Shukri sebagai sahabat di ruangan komen.

“Tiada kau tak seronok lah,” komennya ringkas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN