Terengganu negeri kedua terendah hasil produk halal 

Terengganu negeri kedua terendah hasil produk halal 

 ARIFFIN DERAMAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Terengganu berada di kedudukan negeri kedua terendah dalam pengeluaran produk halal di negara ini. 

Pengerusi Jawatankuasa  Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, sehingga Januari 2025, hanya  317 pengusaha mempunyai sijil halal di negeri ini.

Katanya, enam daripada daripada senarai tersebut adalah pusat penyembelihan.  

 “Tanggungjawab bagi meningkatkan bilangan pengusaha halal akan diperkasa melalui Majlis Halal Terengganu. Yayasan Pembangunan Usahawan pula menjadi pusat sehenti bagi pusat rujukan halal di Terengganu,” katanya dalam sesi penggulungan di Persimpangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Namun, beliau berkata, kempen Belilah Produk Muslim semakin menunjukkan kejayaan di Terengganu dengan lahirnya ramai usahawan yang menghasilkan pelbagai produk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya