Terengganu lulus 7,721 lot 'tanah terkilan' sejak 2018

DUN Terengganu: Terengganu lulus 7,721 lot ‘tanah terkilan’ sejak 2018

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri diterajui Pas meluluskan sebanyak 7,721 lot ‘tanah terkilan’ kepada rakyat sejak parti itu mengambil alih pentadbiran Terengganu pada Mei 2018 hingga Februari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,303 lot tanah melibatkan tapak rumah.

“Selain itu, sebanyak 1,418 lagi ialah kelulusan yang melibatkan tanah pertanian,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Shafizi Ismail (Pas-Batu Rakit) dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Istilah tanah terkilan merujuk kepada tanah yang diluluskan kerajaan negeri ditadbir Pas ketika memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 pada 1999.

Namun hak milik tanah itu didakwa ‘dirampas’ atau ditarik semula oleh Barisan Nasional (BN) apabila mentadbir Terengganu setelah memenangi PRU-11 pada 2004.

Menjawab soalan tambahan Shafizi sama ada kerajaan negeri masih boleh meluluskan sebarang aduan rakyat yang masih mempunyai lot ‘tanah terkilan’ itu pula, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya membuat penilaian  berdasarkan setiap kes sekiranya perlu.

Terdahulu, Ahmad Samsuri memaklumkan bahawa kerajaan negeri meluluskan sebanyak 40,977 lot tanah kepada rakyat negeri ini sejak Mei 2018 hingga Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya