Tarif: Kerajaan diminta percepat reformasi fiskal

Tarif: Kerajaan diminta percepat reformasi fiskal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Percepatkan reformasi fiskal dan persekitaran perniagaan antara 15 cadangan dikemukakan Biro Ekonomi Pemuda Amanah Nasional kepada kerajaan untuk menghadapi `ancaman’ kenaikan tarif baharu sebanyak 24 peratus dikenakan AS kepada negara ini.

Cadangan lain termasuk memanfaatkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Amanah Nasional, Dr. Vincent Ng Ru Wei berkata, kerajaan pada masa sama perlu memanfaatkan kedudukan strategik Malaysia dari segi perdagangan global untuk membina rantaian nilai baharu yang lebih berdaya tahan, tanpa terlalu bergantung kepada AS dan China.

“Ini adalah masa yang tepat untuk mempelbagaikan pasaran dan mengurangkan kebergantungan kepada kuasa-kuasa besar yang sering terlibat dalam ketegangan perdagangan,” katanya dalam kenyataan.

Cadangan-cadangan lain termasuk:

  1. Aktifkan diplomasi ekonomi dua hala dan serantau.
  2. Segerakan rundingan perdagangan dengan negara bukan tradisional seperti Turkiye, Afrika Selatan, dan negara-negara Teluk.
  3. Fokus pelaburan semula dalam negara.
  4. Berikan insentif khas kepada syarikat multinasional yang bersedia menempatkan pusat logistik atau pengeluaran utama mereka di Malaysia.
  5. Galakkan penghujuran berdekatan dan rantaian bekalan persahabatan dengan mempromosikan Malaysia sebagai lokasi neutral dan stabil di tengah ketegangan kuasa besar.
  6. Tingkatkan keupayaan industri berteknologi tinggi.
  7. Laksanakan semakan segera terhadap sasaran NIMP 2030 agar bersesuaian dengan realiti tarif semasa.
  8. Tumpu kepada sektor strategik seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, dan pertahanan digital.
  9. Reformasi sistem percukaian dan kawal selia supaya lebih mesra pelabur.
  10. Pastikan kestabilan politik dan dasar untuk mengekalkan keyakinan pelabur asing dan domestik.
  11. Perluas Program Latihan Semula Tenaga Kerja (Reskilling)
  12. Peruntukkan dana khas untuk memperkukuh kemahiran tenaga kerja dalam sektor yang berisiko terjejas akibat penguncupan eksport.
  13. Bina ekosistem kerjasama bersama industri bagi memastikan keselarasan antara pendidikan dan kehendak pasaran.

Tambah Vincent, nilai  eksport negara ke AS yang melebihi AS$52.5 bilion (RM236.17 bilion) setahun memerlukan Malaysia mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dan bersatu tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.

“Ini adalah masa untuk semua pihak, tanpa mengira fahaman politik, bersatu membantu kerajaan mengharungi cabaran ini. Kita perlu bergerak pantas kerana tindakan yang cepat, tegas dan tersusun adalah kunci kepada kelangsungan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Portfolio Ekuiti Pasaran Membangun Franklin Templeton, Nicholas Chui berkata, kesan tarif AS yang baru diumumkan lebih kritikal daripada yang dijangkakan.

“Jika tarif ini dilaksanakan seperti yang dirancang, ia boleh memberi kejutan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi global,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya