Tarif baharu AS: Malaysia, Vietnam berbincang

Tarif baharu AS: Malaysia, Vietnam berbincang

ANWAR Ibrahim semasa melakukan perbualan secara dalam talian dengan Pham Minh Chinh di pejabatnya. – Facebook/Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Vietnam mengadakan perbincangan bagi mencari langkah mengatasi tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah bercakap dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh bagi membincangkan tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak itu.

Beliau berkata, kedua-dua negara sepakat untuk mengutamakan rundingan dan mengelakkan pertelingkahan dengan matlamat mencapai penyelesaian yang adil demi kepentingan semua negara anggota ASEAN.

“Kami juga menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN.

“Selain itu, kami membincangkan keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu bercakap serta berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata demikian selepas melakukan perbualan secara dalam talian dengan Minh Chinh di pejabatnya.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif baharu yang dikenakan kepada Malaysia iaitu sebanyak 24 peratus yang merupakan sebahagian daripada tindakan ‘Hari Pembebasan’ beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya